Pages

Thursday, December 9, 2010

Bila Sifat Kemanusiaan Semakin Hilang...

Semalam aku naik tren nak balik ke ostel aku daripada umah kwn aku dari seremban..
nak dijadikan cerita, ramai giler orang yang naik tren haritu.. berdiri jela aku..
Tapi bukan 2 yang aku nak sampaikan.
Aku pelik la wei, cuba la korang bayangkan time 2 ada seorang pakcik buta n anak nye yang macam kena rabun teruk berdiri.. Yang duduk semua muda belia belaka.. Tapi sikit pun xde prasaan belas kasihan kat pakcik 2.. kesian gila la aku tengok.. aku nak bagi tempat duduk, aku sendiri pun berdiri..

Pas2 ada sorang pompuan tu yang tengah pegang baby plak yang bagi pakcik  2 ngan anaknya duduk.. so, berdiri lah pompuan tu sambil terhoyong hayang lam tren sambil dokong anaknya.. itupun orang2 kat sekeliling wat bodoh je..
Come on la, kebetulan hari tu 1 muharram..
X terfikir pun diorang nak berhijrah ke arah yang lebih baik..
Semuanya pentingkan diri sendiri..
Inilah yang terjadi bila manusia semakin hilang sifat kemanusiaan..

Saturday, December 4, 2010

Siakap senohong gelama ikan duri (Part 2)

Bercakap bohong lama-lama mencuri...

Seperti yang dijanjikan inilah cerita daripada sambungan Part 1 yg lalu..
Hari tu aku cerita sampai yang 'toyol' umah aku kena lempang kan?
Lepas 2 kitorang ugut nak bagitau perkara ni kat  hal ehwal kolej ngan mak bapak dia la kan..
Wah!!! merayu2 dia kat kitorang supaya jgn buat macam 2 sebab takut mak bapak dia bercerai.. sebab ikut kata dia, mak bapak dia mmg tengah dalam krisis..
fikir punya fikir, oleh sebab kitorang ni masih ada belas  kasihan ag kitorang pertimbangkanlah alasan dia 2.. dengan syarat, dia akan berubah, bayar balik duit-duit yang dia pernah ambik dalam masa 2 bulan dan kitorang pegang i/c n kad atm dia... Mase tu kitorang x terfikir lagi yang rupenya kitorang ni dah kena tipu untuk kali keberapa ntah..

2 bulan berlalu..

Amboi, si 'toyol' 2 macam x reti2 je nak pulangkan duit kitorang. so kitorang pun msg la dia suruh bayar balik memandangkan time 2 duit PTPTN pn dah masuk.. nak tau apa jadi lepas 2?
Tetibe kitorang pat satu panggilan yang kononnya daripada pakcik si 'toyol 2..


"Assalamualaikum.. saya ni pakcik nya.. dia kena rompak la.. sekarang dia ada kat rumah pakcik kat kajang.. habis barang2 dia kena rompak"

kitorang pulak jawab...

" Oh yeke pakcik.. dia ok ke? dah buat report polis ke?"
" Dah, pakcik dah buat report dah"

klik!
Kitorang dah mula syak wasangka, so pergilah tepon bapak si 'toyol' tu.. Yela kan, nakkan kepastian.. Xkanlah anak kena rompak tak tau kn? Rupanya tepat betullah sangkaan kitorang 2.. bapak nye xtau ape2 pun.. nothing..(satu lagi penipuan) Mengamuklah si bapaknya.. Malam tu gak mak bapaknya datang ostel dan buat soal siasat. rupanya selama ni yang die kata nak balik umah 2, x pernah pun dia jejak kat umah.. bila disoal rupanya lelaki 2 pakwenya.. Kehampehan melanda lagi..
Memang teruklah dia kena ngan mak dia.. menangis2, tapi memandangkan dia dah banyak tipu kitorang so, kitorang macam dah x ade perasaan kesian lagi dah.. biarkan lah mak dia pulak yang mengajar dia..

seminggu kemudian..
Mak dia datang nak melunaskan duit2 curi anaknya 2.. menggigil2 mak dia nak keluarkan duit dari dompetnya... sampai dah terkorek-korek kitorang tengok... dan masalah tu selesai kat situ tanpa kitorang bawa pada pihak atasan..

p/s: post ni bukan bertujuan nak mengaibkan sesiapa, cuma nak mengambil iktibar daripada apa yang terjadi.. sebelum nak buat kejahatan tu cubalah bayangkan muka mak bapak kita, gerenti kita takkan buat perkara2 yang x senonoh macam tu lagi... 
 

Friday, December 3, 2010

Aku hanya wanita biasa....

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak.. 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa.. 



Siakap Senohong Gelama Ikan Duri... (Part 1)

Bercakap bohong lama-lama mencuri

Korang pernah tak dengar peribahasa macam ni?
Mestilah pernah kan walaupun korang 'fail' BM mesti korang pernah dengar peribahasa ni..
Dulu aku tak berapa rasalah yang peribahasa ni relevan..
Apa lah sangkut pautnya bercakap bohong dengan mencuri..
Sekarang bila aku dah alaminya baru la aku percaya bahawa orang yang bercakap bohong ni lama-lama mesti akan mencuri..
Nak tau sebabnya? sebab aku ada seorang housemate yang aku boleh golongkan dalam kategori 'panjang tangan'..
Beliau ni (hahaha) suka sangat menipu kitorang, mak bapaknya and orang2 yang rapat dengan dia lah..
Alkisahnya  masa sem 4 hari tu dia telah dikantoikan oleh kami2 yang selama ni dia lah 'toyol kepala hitam' dalam rumah kitorang ni...
Patutlah barang2, duit, baju dalam rumah ni asyik hilang aje... Aku mmg tak sangka gila unta yang dialah 'toyol' tu.  Yelah macam mane kitorang nak syak dia, dia 2 perangainya lemah lembut, manja, n tak pernah kot nak berkasar ngan kitorang. lembut je.. aaishhh!!! rupanya janganlah "judge the book by its cover".
Perangainya x seindah dengan rupa..
Malam yang kitorang dapat bongkar rahsia dia 'toyol' tu, kitorang ada lah tanya dia kenapa dia wat semua ni.. ni lah jawapan dia..

"cuma nak uji keberanian je"

Kepala hangguk dia cuma nak uji keberanian.. Bila kitorang marah malam tu, mengongoi nangis.. well, berani ke tuh???? macam sengal je (Satu penipuan).. Desak punya desak dia pun cerita lain pulak..

"sebenarnya sy jeleskan korang yang banyak duit beli itu ini.. semua nak semua dapat"

Wah!! Dahsyat ni.. tapi aku rasa statement 2 bukan ditujukan untuk aku.. Dalam umah aku ni aku rasa aku yang paling tersengkek sekali.. beli baju branded bundle je pun.. so, dah tentulah statement tu salah untuk aku.. Yang terpaling hampeh lagi ada ke patut dia curi duit dalam Al-Quran Kalamullah.. tapi sebelum tu dia x mengaku pun, siap bersumpah guna nama Allah.(satu lagi penipuan) Masya Allah.. tak takut dosa agaknya..
Kitorang pun tanya lagi, mana duit2 yang dia curi tu.. Dia kata dia x guna. simpan dalam bank. bila kitorang suruh dia kuarkan dari bank dan pulangkan balik, die ckp macam ni...

" kad atm patah, jadi x boleh keluarkan duit"

Aku apa lagi, angin yang tadi cuma kus-kus dah nak jadi ribut taufan. aku suruh dia keluarkan dompet dia, aku selongkar.. Nahhhh!!!!!!  elok je pn kad atm dia. xde cacat cela pun. (penipuan lagi)
memang la dia malam tu kena makan pelempang sulung khas dari budak rumah aku.. cuba korang bayangkan apa lagi yang boleh korang percaya lagi kat dia.. Nothing!!!
Banyak lagi penipuan dia yang aku rasa baiklah aku ceritakan untuk 'siakap senohong gelama ikan duri part 2"..
Untuk part 1, cukuplah sampai kat sini dulu...

To be continued...

Sepetangan di Sunway Piramid..

"Ain jom teman kita kuar ngan dia?"

tibe2 roomate aku, Qila cakap camni..

"Nanti kita belanja la awak piza ea?" 

Wah, sgt seronok.. aku plak tnye..

"Yeke? semua ko support?"

Dia jawab balik..

"Iyeeee... lepas tu kita tengok wayang ea... tapi wayang 2 awak support sendiri la ea.. "


Dussshhh!!!! alamak.. seluk poket kiri kanan tnggal habuk.. macam mana nak kuar ni..
Maka dengan muka yang x berapa nak malunya terpaksa menelefon 'si dia' untuk meminta bantuan..
hahahaha... kesengalan melanda..
G jalan2, tngok wayang 'Rapunzel' leh tahan gak ceritanya, berbaloi kalau nak tengok.. ecececeh promote seh)
Lepas tu gelakkan orang x pandai main 'ice skating' (macam lah aku ni pndai sgt.. hohohooho)
Last skali g la makan kat pizza hut....
Woooooowwwwiiiiiiiii!!!!! sgt sedap piza extra cheese... (tengah terliur masa tulis post ni sbb teringat piza tadi)
p/s : Qila terima kasih daun keladi sebab belanja, kalau boleh belanja la lagi.. hehehehe... tata..













 

Thursday, December 2, 2010

farewell party for 3-12

Emmm.. tibalah masa untuk kami berpisah..
3-12 adalah nombor unit kami.. So kami adalah housemate..
Sepanjang 3 tahun kami menetap di bwah bumbung 3-12 banyak kisah2 lucu, kisah sedih, marah yang telah kami lalui..
Sedihnya aku terpaksa berpisah ngan diorang.. tapi nak wat mcm mane dah smpai masa utk berpisah dan membawa haluan masing2..
Agak emo gak la semasa aku menaip post ini, dan korang pun mesti pernah melalui saat2 mcm ni gak kan?
Merekalah semua yang berjaya menceriakan, berkongsi bahu untuk menangis, tempat bergelak ketawa mcm orang gila... hahahaha
Tapi aku harap our frienship will last forever (ceh ckp omputih plak).. insyaallah..   































Wednesday, December 1, 2010

Status bertukar from 'student' to 'unemployed'

Hahahaha, best x title 2?
Korang2 msti pernah merasa title ni kan..
Semalam hari  last aku amik exam n secara automatiknya hari last aku belajar..
Sedih tu mmg sedih, of course lah kan..
Tapi gembira lagi la lebih.. hahaha... Maklumlah dah x payah ag nak pecahkan kepala nak study ni kan..
Banyak suka duka aku kat kolej ni...
Tapi ini bukan bermakna aku x perlu g ke kolej ag..
Ada banyak lagi urusan nak kena selesaikan.. yela kan supaya xde masalah yang timbul nanti..
Hari ni pn aku kena g kolej sbb ada briefing ttg 'Borang Biru' ntah apelah borang biru 2 ye.. macam2 je kolej aku ni..




 Ni pic yang sempat aku snap semalam.. aku doakan diorang cepat bertukar status daripada 'unemployed' kepada 'employed' hehehe..

p/s : doakan untuk aku gak ye.. (^_^)

Tuesday, November 30, 2010

Menunggu result seperti menunggu buah yang x akan gugur

Macam buah durian la kan? Kite kena sabar menunggu buahnya jatuh..
Nak dijolok x boleh, Nak digegar pokoknya x jatuh....
Alahai...
Pokok durian tu walaupun kita menunggu hasilnya ada ag faedah kpd aku tau...

Semalam aku baca kat notice board kolej, 'exam department' tulis mcm ni

Result for DIP IN MLT 0705/0801 is being released tomorrow..
You can start review the result starting at 10 am- 12pm..

Hampeh tul la..
aku kan ke dak course Pharmacy... Mane result akuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Padahal aku yang amik exam 2 sebulan lagi awal daripada diorang dak MLT...
Bila aku tanya kat org2 exam department, diorang ckp la cmni..

aku : kak bila result dak farmasi nak kua ni.. dak MLT dah kuar dah sedangkan kitorang ambik exam    dulu daripada diorang?

kakak : maaf la dik korang punye result ada problem ckit la so x dapat release awal.. (padahal dah dekat 20 kali tanya jawapannya sama je..)

Eiii!!! Apalah yang susah sangat ni..
Kalau ada problem bagitau la ape problemnya..
Ni betul2 menunggu buah X gugur ni..
Emmm... memang betullah penantian satu penyiksaan..

X boleh nak berfacebooking selama 1 jam...

ish geramnye aku.. baru ade mase nak berfacebooking tibe2 kua plak mcm ni..

Account Inaccessible for 1 Hour

cett!!!! punahlah harapan hamba di tgh hari yg mulia ni nak mereleasekan tension ngan berfacebooking...
Ayat kat atas ni lau cikgu BM aku tngok mesti menangis air mata darah.. hahaha maaf kepada cikgu Maznah Taat sbb telah melukakan hatimu.. muahahaha..

Punca jadi macam ni pun sbb aku nak p tukar name bapak aku yg huruf jawi tu kepada rumi.. dah fb ni suruh aku tukar, so aku tukar la kan.. kalau aku tau maleh aku nak tukar.. Sutun betul la..
Makanya aku kena lah tnggu lagi sejam  barulah boleh nak berfacebooking..

Monday, November 29, 2010

Virus exam mula merebak..

Sana sini para student sudah terkena wabak hasil daripada jangkitan virus exam ini..
Hahahaha..
X kira la di facebook, blog atau mane2 aje website dah jelas menunjukkan virus ini telah merebak dgn cpatnye.. berikut adalah beberapa simptom bagi mereka  yang telah terkena wabak virus exam..
sila baca dengan teliti, sangat gerun simptom2 nya...

1. Apabila masing mula membuat wasiat dan ucapan seperti ini " kpd kwn2, ibu bapa dan saudara mara,doakan kejayaan saya dalam peperiksaan ini ye..

2. Apabila keadaan yang dulunye haru biru dengan hilaian ketawa menjadi senyap sunyi seperti dilanggar garuda lagaknya..

3. Apabila meja belajar yang dulunye dipenuhi majalah hiburan dan novel, kini dipenuhi dengan buku2 rujukan yang setebal alam..

4. Apabila mereka yang dulunye seorang yang malas membaca kitab akan membuka semula kitab2 pelajaran.

5.Apabila terlanggar batu semasa sedang berjalan, respon yang diberikan tersangat lambat kesan daripada kefokusan terhadap kitab yang dibaca..

6. Apabila seseorang yg dulunye gemar bergaul mesra menjadi seorang yg pendiam dan memencilkan diri dari orang ramai

7.Apabila dinding yang dulu suram, dipenuhi dengan dekorasi tampalan nota2 ringkas...

8. Apabila tidur malam dibuai mimpi yang dipenuhi dengan kata kunci dan formula..

9. Apabila hp yang dulunya x lekang drpd tangan entah dicampak kemana dgn ditambah mood 'silent'

10. Apabila bercakap perkara2 yang penuh berilmu sedangkan sebelum ini dipenuhi dengan acara membuat ketupat..

p/s : aku adalah antara salah seorang yg terkena simptom2 di atas.. korang  pn sama? hahahaha..
uish!!! gerunnya aku.. hehehe.. apa2 pun aku nak ucapkan best of luck untuk korang sume yang akan, bakal, or tengah menghadapi peperiksaan.. Wish me luck 2 ok... (^_^)

Sunday, November 28, 2010

Oh Kolejku..

Oh kolejku...
Kenapakah kau sgt indah di mata media tp x seindah dimata aku..
Kenapakah keroje engkau mengepow kami yg kering kontang ini..
Kenapakah kesengalan kau terserlah bila aku nak memblahkan diri dari dunia ko..
Kau begitu berat ke hendak melepaskan aku yang baik budi ini..

Oh kolejku...
Audit telah kau buat, kenapalah benda x rosak ko claim rosak..
Adakah kau begitu bodoh utk menilai..
Ataupun  kebangangan ko sudah mencapai tahap maksima..
Sudahlah result aku sem lpas kau x keluarkan lagi..

Oh kolejku...
Kau tau x yg aku ni akan grad mnggu depan..
Tapi kenapakah kau menyuruh kami menguruskan borang biru pada 23hb disember..
Adakah kau fikir kami ni xde keje lain selain daripada duduk bertapa dunia kau..
Alangkah bodohnye kau wahai kolejku..


p/s : nukilan rasa sbb pengurusan kolej x btul, hampagas tul..

Perkara yang ada pada orang JOHOR tp xde pada warganegeri lain..

Wah, panjang gitu tajuk post aku kali ini..
Mungkin benda ni dah selalu orang perkatakan tapi aku x kisah, aku nak gak cakap pasal benda ni ag...
Disebabkan aku ank jati JOHOR yg sangat kuat jati diri dan ketaatsetiaan aku pada negeri JOHOR ni, maka aku berbesar hati la nak menyenaraikan beberapa perkara  yg mungkin korang yang bukan bernegeri (perkataan apakah ni? hahaha.. tibai je) JOHOR ni xtau..

1. slalu kalau berbual mesti di akhir ayat ade perkataan 'ek'

2. agar-agar menjadi 'lengkong'

3. kejang kaki time tido 2 menjadi 'simpul biawak'. biasenye orang akan ckap cramp kan?

4.karipap menjadi 'epok-epok'

5. roti canai menjadi 'roti prata'

6.kalau berbual 2, setiap perkataan akan berbunyi 'o' kat belakang tu.. misalnye 'kejar' jadi 'kejo'(biasanya percakapan macam ni lebih pekat kat area Batu Pahat ngan Muo(eh, salah.. Muar la.. hehehe)

7. almari menjadi 'gerobok'

8. tembikai menjadi 'semangka,

Rasa2 nye 2 jela yang aku ingat nak kongsikan ngan kamo-kamo semua pada post kali ini.. nanti kalau aku ingat ag beberapa perkara yang ketinggalan aku akan beritau ok dear2....

p/s : Aku berbangga menjadi anak jati JOHOR!

Saturday, November 27, 2010

Aku pendiam? Mungkin tidak..

Fakta kat  atas ni mmg la sgt tepat untuk menggambarkan keperibadian aku...
Wah gitu... =)
Tp sejak seminggu ni aku dah berubah menjadi seorang yg pendiam..
Kenapa ye agaknye? jeng..jeng..jeng..
Cuba korang teka kenapa.. cpat!! aku bagi korang mase 10 saat utk jawab..

teeeeeeeeeettttt... mase dah tamat..
sume jwapan yg korang bagi 2 sumenye x btul..
Ini lah jawapannya... (berdebar x nak tau? hehehe)
Sebenarnye, nak dijadikan cerita aku berubah jadi seorang yg pendiam sbb aku tgh sakit tekak..
Cian x kat aku? x cian? ado den kesah? huahuahuahua... (gurau saje)

Time2 genting ni lah suare aku xde..
Nak bercakap bapak payah.. terpaksa mengeluarkan suara dr perut
Dan bila berbicara (cewaah) keluarla suare rockers yg ayu ag mahal gitu.. hahahha..
bila da masuk hari ketiga, suara aku bukan serak ag ni, tp da mula menerbitkan suara jantan
X kuasa nyah.. hehehe..
Cuba la korang byangkan ea (cepat bayangkan) aku g shopping ngan suara mcm ni..
nak adakan sesi tawar menawar pun susah.. nak byar tiket bas n LRT pn susah, nak order makanan pun susah... Lau sesat jalan nak bertanya pn susah.
Hai.. boleh dikatakan semuanya menjadi susah.. bila aku bercakap, ibaratnya mcm itik bercakap ngan ayam..
Hampeh diorang sume x faham ape yg aku cuba nak smpaikan..
Nasib baiklah time aku outing 2 aku keluar ngan member2 seperjuangan..
So.. diorang la yg terpaksa menjadi orang suruhan aku.. hahaha.. sori ye kengkawan..

Sekarang aku dapat rasakan macam mane menjadi seorang yg bisu..
Segalanya susah..
Maka aku lebih mensyukuri nikmat yang diberi oleh-Nya..
Agaknye bila kita diuji macam ni barulah kite lebih menghargainya.. x gitu??

Inilah petua yg aku amalkan semasa aku diserang virus kebisuan..
1. minum air suam banyak2... (sgt membantu)
2. minum air asam jawa (tp sbnarnye aku xleh minum coz mnyebabkan suara aku bertambah worse, tp da sakit hati tekak x baik2 ag, aku pn bedal la.. hehehe.. tp satu insiden terjadi.. bila dah minum terlampau banyak kena cirit birit la pulak. so moralnya kat sini xyah minum banyak2 sgt, sekadar yang diperlukan aje..)
Tu jela petua aku.. x banyak pn..

Aku berazam bila suara aku da kmbali spt asal aku akan bercakap sebanyaknye.. hehehe
Padan muka kengkawan aku terpaksa dgr aku berceloteh..
Dah lame sabar dah ni wei, consider la ckit lau aku bercakap banyak setelah seminggu jd pendiam..
Hati meronta2 nak cakap ni..hahaha..

ok sampai disini sahaja.. papai
assalamualaikum... (^_^) dari insan pendiam selama seminggu..

Thursday, November 25, 2010

mari2.. shopping tyme.. ngeeeeee..

hai kawan2.. assalamualaikum..
hari aku ngan kwn aku p jenjalan ke masjid india.. ngan qila.
tp sblum tu kitorang p IJN dl sbb nak amik sjil mase die praktikal kat sane dl..
nak dijadikan cerita ujan la plak pas kitorang da p amik sjil tu.. so tersadai la kami wat bbrapa ketika..

ok skang da kat masjid jamek..
atoyai atoyai...
mate kitorang ni da jadi rambang la plak..
lau leh sume yg ade kat c2 kitorang nak sambar...
duiiitttttttttttttt!!!!!!!!!!!! moneyyyyyyyy!!!!!!!! please come to me...
hahaha. klau la pas aku jerit camtuh wit leh jtuh dari langit kan ke bgus,..
tibe2 teringat cerite katun 'cloudy with the chance of meatball apekebenda ag ntah tajuknye.. pnjang x hengat la aku... hehehhe

best gile kat sane..
berjalan mcm nak ptah kaki..
dr stu kdai ke satu kdai kitorang menyebokkan diri... aku ngan suare yg ala2 rockers pn terpakse gak kuakan sore yg mhal ni utk aktiviti twar mnawar...
care x beb?

da la.. pnat nak membebel ag..
berikut dibawah adalah brg2 yg aku shopping td..
x bnyak pn.. n yg paling murah kitorang beli...

wedges = rm20

beg jual longgok =rm14

shawl ngade2=rm10 ngan inner pink+itam=rm15

ni la qila

kami yg shopaholic but wet xdak.. hahaha

bangle = rm5
 ok.. itu sahaje cite utk hari ni.. papai..
assalamualaikum.. 

berjalan sakan,, tp x beli ape2 pn.. hehehe



hari aku p jenjalan ngan mmber2 stu course ngan aku..
iaitu:
rara

zehan

ima

nonoe

alya
riri
 pas da pnat jenjalan p plak mkn kat secret recipe.. yummy.. tersangatla sdapnye kami bersantap sedemikian rupe..




cheese choc kegemaranku!!!

abg waiter ngah pning nak amik order kitorang..

pose pling pnting beb

ni la yga aku mkn td.. chicken black pepper+herb rice

air yg kami pesan

sblum mkn amik la gambar ag.. ngah mkn x toleh kiri kanan dah.. hahaha

ni bil da sampai.. ha ape ag sila la byar ye kengkawan..

aya pnye dish yg sdappppppppppppppppppp....


 
da knyang mkn smbung jln balik.. membuang mase,, men game .. hehehe. xde keroje agknye mereka ini termasuk aku. huhuhu
kontrol ayu memasing.. aku je x.. ecehhhh..

ntah ape agaknye yg dicari tuh..

survey je lebih, belinye idak pon..

moh tngkap gambar ag..

urmmmmmm...

bang!! bang!! jom men tembak2..

aku mesti klahkan org sblah ni

eleh, ko yg akan kalah.. wakakakaka




da siap berjalan kat mid valley, kitorang pn p la jusco balakong.. hamboi2, korang ni x pnat2 ke berjalan..
aduhai kaki dah rase nak tercabut dah ni.. sib bek ade krusi leh duk jap

alamak terkelepek aku kat c2.. hahaha muke aya x nmpak..

mari kite mnjadi kameraholic

kandid x brape nak menjadi

action je lebih ni.. tngok2 sume x berkenan maleh la nak beli (padahal seluk poket da kering dah.. xde wit..) hehehe




wlaupun pnat still len cenyum ag.. =)

muke lapo dah memasing 2..

ni la yg aku mkn td.. kuey tiow hong kong.. terbaeekk!!!!
lastly bile jam da menunjukkan pukul 8 mlm kami pn pulang la spt itik pulang ptg.. hehehe.. leh byangkan x? terkedek2.. before that isi perut dl agar tdo mlm lbih lena.. huhuhu..


tu ajela yg eden nak cerito hari ni.. sok nak p masjid india.. shopping time.. sok aku akan bercerita ag ye...
assalamualaikum