Pages

Friday, December 3, 2010

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri... (Part 1)

Bercakap bohong lama-lama mencuri

Korang pernah tak dengar peribahasa macam ni?
Mestilah pernah kan walaupun korang 'fail' BM mesti korang pernah dengar peribahasa ni..
Dulu aku tak berapa rasalah yang peribahasa ni relevan..
Apa lah sangkut pautnya bercakap bohong dengan mencuri..
Sekarang bila aku dah alaminya baru la aku percaya bahawa orang yang bercakap bohong ni lama-lama mesti akan mencuri..
Nak tau sebabnya? sebab aku ada seorang housemate yang aku boleh golongkan dalam kategori 'panjang tangan'..
Beliau ni (hahaha) suka sangat menipu kitorang, mak bapaknya and orang2 yang rapat dengan dia lah..
Alkisahnya  masa sem 4 hari tu dia telah dikantoikan oleh kami2 yang selama ni dia lah 'toyol kepala hitam' dalam rumah kitorang ni...
Patutlah barang2, duit, baju dalam rumah ni asyik hilang aje... Aku mmg tak sangka gila unta yang dialah 'toyol' tu.  Yelah macam mane kitorang nak syak dia, dia 2 perangainya lemah lembut, manja, n tak pernah kot nak berkasar ngan kitorang. lembut je.. aaishhh!!! rupanya janganlah "judge the book by its cover".
Perangainya x seindah dengan rupa..
Malam yang kitorang dapat bongkar rahsia dia 'toyol' tu, kitorang ada lah tanya dia kenapa dia wat semua ni.. ni lah jawapan dia..

"cuma nak uji keberanian je"

Kepala hangguk dia cuma nak uji keberanian.. Bila kitorang marah malam tu, mengongoi nangis.. well, berani ke tuh???? macam sengal je (Satu penipuan).. Desak punya desak dia pun cerita lain pulak..

"sebenarnya sy jeleskan korang yang banyak duit beli itu ini.. semua nak semua dapat"

Wah!! Dahsyat ni.. tapi aku rasa statement 2 bukan ditujukan untuk aku.. Dalam umah aku ni aku rasa aku yang paling tersengkek sekali.. beli baju branded bundle je pun.. so, dah tentulah statement tu salah untuk aku.. Yang terpaling hampeh lagi ada ke patut dia curi duit dalam Al-Quran Kalamullah.. tapi sebelum tu dia x mengaku pun, siap bersumpah guna nama Allah.(satu lagi penipuan) Masya Allah.. tak takut dosa agaknya..
Kitorang pun tanya lagi, mana duit2 yang dia curi tu.. Dia kata dia x guna. simpan dalam bank. bila kitorang suruh dia kuarkan dari bank dan pulangkan balik, die ckp macam ni...

" kad atm patah, jadi x boleh keluarkan duit"

Aku apa lagi, angin yang tadi cuma kus-kus dah nak jadi ribut taufan. aku suruh dia keluarkan dompet dia, aku selongkar.. Nahhhh!!!!!!  elok je pn kad atm dia. xde cacat cela pun. (penipuan lagi)
memang la dia malam tu kena makan pelempang sulung khas dari budak rumah aku.. cuba korang bayangkan apa lagi yang boleh korang percaya lagi kat dia.. Nothing!!!
Banyak lagi penipuan dia yang aku rasa baiklah aku ceritakan untuk 'siakap senohong gelama ikan duri part 2"..
Untuk part 1, cukuplah sampai kat sini dulu...

To be continued...

0 comments:

Post a Comment