Pages

Thursday, December 9, 2010

Bila Sifat Kemanusiaan Semakin Hilang...

Semalam aku naik tren nak balik ke ostel aku daripada umah kwn aku dari seremban..
nak dijadikan cerita, ramai giler orang yang naik tren haritu.. berdiri jela aku..
Tapi bukan 2 yang aku nak sampaikan.
Aku pelik la wei, cuba la korang bayangkan time 2 ada seorang pakcik buta n anak nye yang macam kena rabun teruk berdiri.. Yang duduk semua muda belia belaka.. Tapi sikit pun xde prasaan belas kasihan kat pakcik 2.. kesian gila la aku tengok.. aku nak bagi tempat duduk, aku sendiri pun berdiri..

Pas2 ada sorang pompuan tu yang tengah pegang baby plak yang bagi pakcik  2 ngan anaknya duduk.. so, berdiri lah pompuan tu sambil terhoyong hayang lam tren sambil dokong anaknya.. itupun orang2 kat sekeliling wat bodoh je..
Come on la, kebetulan hari tu 1 muharram..
X terfikir pun diorang nak berhijrah ke arah yang lebih baik..
Semuanya pentingkan diri sendiri..
Inilah yang terjadi bila manusia semakin hilang sifat kemanusiaan..

Saturday, December 4, 2010

Siakap senohong gelama ikan duri (Part 2)

Bercakap bohong lama-lama mencuri...

Seperti yang dijanjikan inilah cerita daripada sambungan Part 1 yg lalu..
Hari tu aku cerita sampai yang 'toyol' umah aku kena lempang kan?
Lepas 2 kitorang ugut nak bagitau perkara ni kat  hal ehwal kolej ngan mak bapak dia la kan..
Wah!!! merayu2 dia kat kitorang supaya jgn buat macam 2 sebab takut mak bapak dia bercerai.. sebab ikut kata dia, mak bapak dia mmg tengah dalam krisis..
fikir punya fikir, oleh sebab kitorang ni masih ada belas  kasihan ag kitorang pertimbangkanlah alasan dia 2.. dengan syarat, dia akan berubah, bayar balik duit-duit yang dia pernah ambik dalam masa 2 bulan dan kitorang pegang i/c n kad atm dia... Mase tu kitorang x terfikir lagi yang rupenya kitorang ni dah kena tipu untuk kali keberapa ntah..

2 bulan berlalu..

Amboi, si 'toyol' 2 macam x reti2 je nak pulangkan duit kitorang. so kitorang pun msg la dia suruh bayar balik memandangkan time 2 duit PTPTN pn dah masuk.. nak tau apa jadi lepas 2?
Tetibe kitorang pat satu panggilan yang kononnya daripada pakcik si 'toyol 2..


"Assalamualaikum.. saya ni pakcik nya.. dia kena rompak la.. sekarang dia ada kat rumah pakcik kat kajang.. habis barang2 dia kena rompak"

kitorang pulak jawab...

" Oh yeke pakcik.. dia ok ke? dah buat report polis ke?"
" Dah, pakcik dah buat report dah"

klik!
Kitorang dah mula syak wasangka, so pergilah tepon bapak si 'toyol' tu.. Yela kan, nakkan kepastian.. Xkanlah anak kena rompak tak tau kn? Rupanya tepat betullah sangkaan kitorang 2.. bapak nye xtau ape2 pun.. nothing..(satu lagi penipuan) Mengamuklah si bapaknya.. Malam tu gak mak bapaknya datang ostel dan buat soal siasat. rupanya selama ni yang die kata nak balik umah 2, x pernah pun dia jejak kat umah.. bila disoal rupanya lelaki 2 pakwenya.. Kehampehan melanda lagi..
Memang teruklah dia kena ngan mak dia.. menangis2, tapi memandangkan dia dah banyak tipu kitorang so, kitorang macam dah x ade perasaan kesian lagi dah.. biarkan lah mak dia pulak yang mengajar dia..

seminggu kemudian..
Mak dia datang nak melunaskan duit2 curi anaknya 2.. menggigil2 mak dia nak keluarkan duit dari dompetnya... sampai dah terkorek-korek kitorang tengok... dan masalah tu selesai kat situ tanpa kitorang bawa pada pihak atasan..

p/s: post ni bukan bertujuan nak mengaibkan sesiapa, cuma nak mengambil iktibar daripada apa yang terjadi.. sebelum nak buat kejahatan tu cubalah bayangkan muka mak bapak kita, gerenti kita takkan buat perkara2 yang x senonoh macam tu lagi... 
 

Friday, December 3, 2010

Aku hanya wanita biasa....

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak.. 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa.. 



Siakap Senohong Gelama Ikan Duri... (Part 1)

Bercakap bohong lama-lama mencuri

Korang pernah tak dengar peribahasa macam ni?
Mestilah pernah kan walaupun korang 'fail' BM mesti korang pernah dengar peribahasa ni..
Dulu aku tak berapa rasalah yang peribahasa ni relevan..
Apa lah sangkut pautnya bercakap bohong dengan mencuri..
Sekarang bila aku dah alaminya baru la aku percaya bahawa orang yang bercakap bohong ni lama-lama mesti akan mencuri..
Nak tau sebabnya? sebab aku ada seorang housemate yang aku boleh golongkan dalam kategori 'panjang tangan'..
Beliau ni (hahaha) suka sangat menipu kitorang, mak bapaknya and orang2 yang rapat dengan dia lah..
Alkisahnya  masa sem 4 hari tu dia telah dikantoikan oleh kami2 yang selama ni dia lah 'toyol kepala hitam' dalam rumah kitorang ni...
Patutlah barang2, duit, baju dalam rumah ni asyik hilang aje... Aku mmg tak sangka gila unta yang dialah 'toyol' tu.  Yelah macam mane kitorang nak syak dia, dia 2 perangainya lemah lembut, manja, n tak pernah kot nak berkasar ngan kitorang. lembut je.. aaishhh!!! rupanya janganlah "judge the book by its cover".
Perangainya x seindah dengan rupa..
Malam yang kitorang dapat bongkar rahsia dia 'toyol' tu, kitorang ada lah tanya dia kenapa dia wat semua ni.. ni lah jawapan dia..

"cuma nak uji keberanian je"

Kepala hangguk dia cuma nak uji keberanian.. Bila kitorang marah malam tu, mengongoi nangis.. well, berani ke tuh???? macam sengal je (Satu penipuan).. Desak punya desak dia pun cerita lain pulak..

"sebenarnya sy jeleskan korang yang banyak duit beli itu ini.. semua nak semua dapat"

Wah!! Dahsyat ni.. tapi aku rasa statement 2 bukan ditujukan untuk aku.. Dalam umah aku ni aku rasa aku yang paling tersengkek sekali.. beli baju branded bundle je pun.. so, dah tentulah statement tu salah untuk aku.. Yang terpaling hampeh lagi ada ke patut dia curi duit dalam Al-Quran Kalamullah.. tapi sebelum tu dia x mengaku pun, siap bersumpah guna nama Allah.(satu lagi penipuan) Masya Allah.. tak takut dosa agaknya..
Kitorang pun tanya lagi, mana duit2 yang dia curi tu.. Dia kata dia x guna. simpan dalam bank. bila kitorang suruh dia kuarkan dari bank dan pulangkan balik, die ckp macam ni...

" kad atm patah, jadi x boleh keluarkan duit"

Aku apa lagi, angin yang tadi cuma kus-kus dah nak jadi ribut taufan. aku suruh dia keluarkan dompet dia, aku selongkar.. Nahhhh!!!!!!  elok je pn kad atm dia. xde cacat cela pun. (penipuan lagi)
memang la dia malam tu kena makan pelempang sulung khas dari budak rumah aku.. cuba korang bayangkan apa lagi yang boleh korang percaya lagi kat dia.. Nothing!!!
Banyak lagi penipuan dia yang aku rasa baiklah aku ceritakan untuk 'siakap senohong gelama ikan duri part 2"..
Untuk part 1, cukuplah sampai kat sini dulu...

To be continued...

Sepetangan di Sunway Piramid..

"Ain jom teman kita kuar ngan dia?"

tibe2 roomate aku, Qila cakap camni..

"Nanti kita belanja la awak piza ea?" 

Wah, sgt seronok.. aku plak tnye..

"Yeke? semua ko support?"

Dia jawab balik..

"Iyeeee... lepas tu kita tengok wayang ea... tapi wayang 2 awak support sendiri la ea.. "


Dussshhh!!!! alamak.. seluk poket kiri kanan tnggal habuk.. macam mana nak kuar ni..
Maka dengan muka yang x berapa nak malunya terpaksa menelefon 'si dia' untuk meminta bantuan..
hahahaha... kesengalan melanda..
G jalan2, tngok wayang 'Rapunzel' leh tahan gak ceritanya, berbaloi kalau nak tengok.. ecececeh promote seh)
Lepas tu gelakkan orang x pandai main 'ice skating' (macam lah aku ni pndai sgt.. hohohooho)
Last skali g la makan kat pizza hut....
Woooooowwwwiiiiiiiii!!!!! sgt sedap piza extra cheese... (tengah terliur masa tulis post ni sbb teringat piza tadi)
p/s : Qila terima kasih daun keladi sebab belanja, kalau boleh belanja la lagi.. hehehehe... tata..













 

Thursday, December 2, 2010

farewell party for 3-12

Emmm.. tibalah masa untuk kami berpisah..
3-12 adalah nombor unit kami.. So kami adalah housemate..
Sepanjang 3 tahun kami menetap di bwah bumbung 3-12 banyak kisah2 lucu, kisah sedih, marah yang telah kami lalui..
Sedihnya aku terpaksa berpisah ngan diorang.. tapi nak wat mcm mane dah smpai masa utk berpisah dan membawa haluan masing2..
Agak emo gak la semasa aku menaip post ini, dan korang pun mesti pernah melalui saat2 mcm ni gak kan?
Merekalah semua yang berjaya menceriakan, berkongsi bahu untuk menangis, tempat bergelak ketawa mcm orang gila... hahahaha
Tapi aku harap our frienship will last forever (ceh ckp omputih plak).. insyaallah..   































Wednesday, December 1, 2010

Status bertukar from 'student' to 'unemployed'

Hahahaha, best x title 2?
Korang2 msti pernah merasa title ni kan..
Semalam hari  last aku amik exam n secara automatiknya hari last aku belajar..
Sedih tu mmg sedih, of course lah kan..
Tapi gembira lagi la lebih.. hahaha... Maklumlah dah x payah ag nak pecahkan kepala nak study ni kan..
Banyak suka duka aku kat kolej ni...
Tapi ini bukan bermakna aku x perlu g ke kolej ag..
Ada banyak lagi urusan nak kena selesaikan.. yela kan supaya xde masalah yang timbul nanti..
Hari ni pn aku kena g kolej sbb ada briefing ttg 'Borang Biru' ntah apelah borang biru 2 ye.. macam2 je kolej aku ni..




 Ni pic yang sempat aku snap semalam.. aku doakan diorang cepat bertukar status daripada 'unemployed' kepada 'employed' hehehe..

p/s : doakan untuk aku gak ye.. (^_^)