Pages

Sunday, October 24, 2010

Kisah Hari jadiku yg sedih...

Agak berat rase hati nak membuka kembali cerita ni...
Hari ini baru aku ada kekuatan untuk mengupasnya kembali...

kejadian ni berlaku pd 8 tahun yg lepas...
tahun 2002... 19 mei 2002...

lokasi : hospital batu pahat


aku dan keluargaku bersama kakak iparku duduk berteleku di tepi katil seorang pesakit... pesakit itu...
ialah abangku MOHD FADZLY BIN MD SAK'DON.. itulah namenye..
mengapa dia terlantar di katil hospital ini?


beginilah kisahnya..

sehari sebelum dimasukkan ke hospital...
dia sudah tidak mengenali siapakah kami... tanpa kami berlengah kami membawanya ke hospital batu pahat..
tp...
segalanya sudah terlewat...
dia disahkan menghidapi meningitis.. ataupun jangkitan kuman di otaknya..
bagaikan halilintar menyambar hati kami.. kami semua menangis.. itulah kali terakhir kami lihat dia membuka mata... kerana selepas itu dia koma....


3 hari sebelum dimasukkan ke hospital...
bertambah teruk.. makan perlu disuap, berak kencing perlu dicebukkan, sebelah mata menjadi buta.. Ya Allah dugaan apekah ini yang engkau berikan padanya... di sudut tilam tmpat pembaringan dia kelihatan isterinya menyapu air mata kesedihan sambil mengusap kandungannya.. zuriat mereka yg pertama yg bakal dilahirkan..


5 hari sebelum dimasukkan ke hospital..
pd hari ini lah aku amat rase terkilan yang amat sgt.. perasaan terkilan inilah  yang aku simpan sehingga sekarang... die meminta aku mengurutnye.. kerana dia mengadu sakit yang teramat.. berharap aku dapat melegakan kesakitannya... tp inilah jawapan aku " ah!!! malas la.. adik penat la suh la org len urutkan" lalu dia pn menjawab..." xpelah dik nnti abg da xde, adik da x pyah urutkan ag" mase itu aku tidak terfikir bahawa itu adalah kali terakhir dia akan meminta pertolongan dariku.. pertolongan yang amat kecil.. tetapi tidak ku tunaikan..


1 minggu sebelum dimasukkan ke hospital..
keadaanye smakin teruk... kami mencuba pula rawatan tradisional.. manalah tahu inilah ikhtiar yg dapat menyembuhkan dia... mnurut kata pakar tradisional dia jadi begini angkara buatan org.. mengarut!!! itu hanyalah propaganda mereka yg gilakan harta dunia.. yang hanya ingin mengaut keuntungan mengikut suka... persetankan andaian itu...


2 minggu sebelum dimasukkan ke hospital..
abangku mengadu demam panas.. sakit kepala.. kakak iparku segera memberitahu kpd ibu bapaku ttg keadaan abgku..
segera kami bawa dia ke hospital untuk memeriksa keadannya.. agak teruk kondisinya.. sehingga membuatkan tbuhnya menggigil kesakitan...
tp setelah melalui beberapa ujian, dia dikhabarkan tidak mempunyai masalah.. hanyalah demam biasa...
mengapa... mengapa mereka cuai...


1 bulan sebelum dimasukkan ke hospital...
dia masih sihat lagi.. kami berdua keluar bersiar2 di bandar batu pahat...
menaiki moto rxz nye.. ceria sahaja riak mukanya....
seharian kami di bandar bersuka ria.. tidak kusangka itulah kali terakhir kami akan keluar bersama...
kami singgah di satu kedai menjual pakaian bayi.. katanya mahu membelikan pakaian untuk bayinya yg bakal lahir.. dia menunjukkan pada aku sepasang kasut bayi dan berkata " nanti abg nak adik hadiahkan kasut ni utk baby ye" dia tersenyum bila aku bersetuju...




kini....
19 Mei 2002
pada hari jadiku
kami disini.. menunggu dia di saat hujung nafasnya...
membacakan yasin untuknya..
aku berdoa kepada -Nya agar memberikan keajaiban padanya di hari jadiku...
tapi...
saat aku mengharap keajaiban itu berlaku, rupanya sudah tersurat bahawasanya dia akan pergi meninggalkan kami... tiada keajaiban...
menangis kami kerananya...
hujanlah hari itu kerananya..
dia pergi tanpa sempat melihat zuriatnya...
dia pergi tanpa aku dapat menunaikan permintaannya..
dan...
dia pergi pada hari yang sepatutnya menjadi hari yang bahagia padaku..
pada hari jadiku..




8 tahun sudah berlalu..
namun aku masih merinduinya..
sehingga aku tidak pasti apakah yang sepatutnya aku rasekan setiap kali tibanya hari jadiku..
sedihkah?
gembirakah?
 kpd tuhan..
aku pnjatkan seluruh doa dan harapan agar Kau mencucuri rahmat-MU ke atas dia..
jauhkanlah dia dari azab-MU.. dan masukkan dia di kalangan orang2 yang Kau redhai..
kami merinduimu.. dan masih merinduimu..
bersemadilah kamu dengan tenang....

0 comments:

Post a Comment